Lawatan Audit Kualiti Dalaman pastikan PACE ikut standard
SINTOK: Lawatan Audit Kualiti Dalaman UUM 2024 telah dilaksanakan baru-baru ini di dua Pusat Pembelajaran Luar Kampus di bawah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) iaitu di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak dan di Pejabat PACE di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Lawatan audit ini adalah pertama kali dilaksanakan sejajar dengan keputusan pihak UUM untuk memasukkan skop program di bawah kelolaan PACE dalam manual kualiti UUM.
Timbalan Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Othman yang mewakili Pengarah PACE berkata, objektif audit ini adalah untuk memastikan bahawa pengurusan kualiti melibatkat program-program di bawah PACE UUM dilaksanakan berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001:2015, selaras dengan objektif sistem pengurusan kualiti UUM.
Selain itu, melalui pelaksanaan audit ini, ruang penambahbaikan berterusan yang bersesuaian dapat dikenal pasti berdasarkan dapatan hasil audit dan secara tidak langsung dapat memantapkan prestasi, peningkatan kualiti program, serta pencapaian fungsi dan objektif PACE.
Penialaian audit ini dilaksanakan selama dua hari oleh pasukan audit yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ku Maisurah Ku Bahador dan Prof. Madya Dr. Rokiah Ishak yang melibatkan dua program iaitu program Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.
Kaedah audit melibatkan semakan dokumen, temubual, pemerhatian proses dan lawatan fizikal fasiliti sedia ada. Tumpuan audit kali ini lebih menfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan QP004, QP005 dan QP006.
Dr. Abdul Aziz merakamkan penghargaan terima kasih kepada pasukan audit dan semua yang terlibat dalam memberi kerjasama dan komited sepanjang tempoh audit dijalankan.
“PACE sentiasa positif dan akan terus melihat ke hadapan serta positif terhadap sebarang cadangan penambahbaikan oleh pasukan audit bagi dua program yang diaudit kali ini.
“PACE juga tekad bekerja keras bagi memastikan pemantauan kualiti terhadap perkhidmatan yang dibekalkan oleh pihak luar (pensyarah separuh masa) sentiasa menepati piawai yang ditetapkan dan yakin UUM akan berjaya menghadapi Audit SIRIM pada tahun 2025”, katanya. – Mohd Fairus Abd Majid