Education

Lawatan penanadaarasan SAC ke IIUM kukuh sistem penginapan pelajar

GOMBAK, 8 Disember 2024: Seramai 27 staf Pusat Penginapan Pelajar (SAC), UUMIT dan Inapan Siswa (INASIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan penanda aras universiti awam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) pada 2 Disember lalu.

Ketibaan delegasi UUM yang diketuai Pengarah SAC, Ahmad Mujahid Abd. Ghani telah disambut baik oleh Timbalan Pengarah Residential and Service Department (RSD), IIUM, Johan Ibrahim.

Ahmad Mujahid berkata, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan idea serta berkongsi pendapat dalam memperkukuhkan sistem penginapan pelajar dalam talian yang terdapat di SAC.

Menurutnya,a lawatan ini telah mencapai objektif di mana, UUMIT dan SAC (terutama Unit Penginapan Pelajar) dapat berbincang serta berkongsi pendapat dalam mengendalikan sistem penginapan pelajar secara lebih meluas dan terperinci.

Sepanjang lawatan ini, pihak UUM didedahkan dengan pelbagai info yang terperinci mengenai sistem penginapan yang digunakan oleh pihak RSD.

Selain itu, pihak RSD juga turut berkongsi mengenai sistem aduan yang dinamakan I-first. Sistem ini adalah satu platform untuk pelanggan melaporkan segala jenis aduan termasuk aduan kerosakan di kediaman pelajar.

Di akhir lawatan ini, pihak UUM turut berpeluang melawat dua mahallah iaitu Mahallah Ruqayah dan Mahallah Aminah untuk melihat bilik-bilik eksekutif bagi penginapan pelajar. – Syazwani Abdul Rahman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button