Education

Lawatan penanda aras juruaudit UUM ke JKR Perlis menelusuri amalan terbaik EKSA

Gambar Iffah Zarreen Ahmad Subri

SINTOK, 26 Januari 2025: Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) selaku Penyelaras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis pada 22 Januari lalu.

Delegasi terdiri daripada 40 orang termasuk juruaudit dan sekretariat EKSA UUM yang diketuai oleh Pengurus EKSA, Dr. Nur Syazwani Mohd Nawi; Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Faizah Hashim; Timbalan Pengarah (Bahagian Pentadbiran/ Jaringan) dan Mohamad Hapisol Othman telah disambut oleh pihak pengurusan JKR Perlis.

???

Mereka diberikan taklimat mengenai dasar EKSA yang diterapkan di JKR Perlis, termasuk pengurusan ruang kerja, kemudahan yang disediakan untuk warga kerja, dan elemen-elemen hijau serta inovatif yang menjadikan persekitaran kerja lebih kondusif.

Dr. Syazwani berkata, lawatan ini bertujuan untuk mempelajari dan memahami amalan terbaik yang diterapkan oleh JKR Perlis dalam melaksanakan EKSA, serta mencari peluang untuk memperbaiki dan meningkatkan pelaksanaan EKSA di UUM.

Menurutnya, lawatan ini memberikan banyak input berharga yang boleh diterapkan dalam usaha PPQA untuk meningkatkan pelaksanaan EKSA di UUM.

“Kami melihat bagaimana JKR Perlis berjaya mencipta persekitaran kerja yang bukan sahaja efisien tetapi juga memberi kesan positif terhadap kesejahteraan warga kerja,” katanya.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan lawatan ke persekitan pejabat JKR termasuk bilik mesyuarat, bilik surau, bilik cetak, ruang kerja, sudut EKSA, sudut Go-Green, tandas dan bilik pegawai.

Kesimpulannya, lawatan penanda aras ini diharap dapat memberi inspirasi dan membantu juruaudit UUM dalam memperkenalkan lebih banyak amalan terbaik EKSA yang boleh meningkatkan prestasi serta suasana kerja di universiti.

Dengan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh, diharapkan juruaudit UUM akan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan penilaian audit dalaman EKSA peringkat UUM yang akan dijalankan pada April 2025 nanti. – Wan Yusnita Megat Saad

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button