Education

Lawatan UUM Press ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT buka ruang kerjasama

Gambar Jurugambar PSNZ UMT

KUALA TERENGGANU, 5 Mei 2025: Delegasi dari UUM Press, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu, baru-baru ini.

Delegasi ini diketuai oleh Timbalan Pengarah UUM Press, Rosma Ishak, bersama lima pegawai UUM Press.

Delegasi UUM telah disambut oleh Ketua Pustakawan PSNZ UMT, Abu Hassan Ghazali; Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Ahmad Abdul Rahim Alias, dan Timbalan Ketua Pustakawan, Mohd Shahrulnizam Zuraimi.

Rosma berkata, lawatan mereka dimulakan dengan taklimat ringkas tentang operasi dan peranan PSNZ dalam mendukung ekosistem ilmu dan akademik di UMT.

“Kami turut dibawa meninjau kemudahan-kemudahan utama yang disediakan di perpustakaan tersebut.

“Walaupun singkat, lawatan ini memberi ruang kepada UUM Press dan PSNZ UMT untuk bertukar pandangan serta mengenal pasti potensi kerjasama dalam bidang penerbitan dan pengurusan maklumat,” katanya.

Pihak UUM Press merakamkan ucapan terima kasih atas sambutan mesra yang diberikan oleh warga PSNZ. Semoga ukhuwah dan jaringan profesional ini dapat diteruskan pada masa akan datang. – Siti Nur Dina Johary

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button