Education

Pelajar UUM ajar Bahasa Bengali kepada pegawai imigresen

Kuala Lumpur – Mahasiswa UUM mengajar Bahasa Bengali kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), KLIA, Bangunan Airport Management Centre, baru-baru ini.

Pelajar Sarjana Muda Sains (Statistik Industri), Projeet Roy berkata, Bahasa Bengali merupakan Bahasa rasmi Bangladesh yang turut digunakan di wilayah Bengal Barat, India dan juga di negara Bangladesh.

“Keistimewaan bahasa ini dikatakan bahasa yang paling manis di dunia selain kaya dengan sastera dan puisi.  Sistem tulisan menggunakan aksara benggali yang unik dimulai dari kiri ke kanan.

“Cabaran belajar bahasa ini adalah disebabkan komuniti Bengali yang sangat kecil di Malaysia. Hanya terdapat lebih kurang 200 keluarga Bengali di Malaysia secara keseluruhan,” ujarnya yang telah dilantik sebagai pelatih oleh Persatuan Bengalee Malaysia (MBA).

Projeet Roy berkata, Modul Kursus Bahasa Asing (Bahasa Bengali) 2024) memberi penekanan khusus kepada keperluan pegawai Imigresen untuk berurusan di kaunter lapangan.

program tiga hari yang dianjurkan oleh Unit Latihan Jabatan Imigresen KLIA dengan kerjasama MBA bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bahasa asing pegawai Imigresen terutamanya Bahasa Bengali.

“Program yang diadakan khusus untuk petugas di KLIA di sertai kira-kira 25 staf daripada pelbagai gred. Inisiatif ini diambil bagi memudahkan komunikasi dengan pelancong dari Bangladesh dan India,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman lucu ketika sesi simulasi di lapangan terbang seorang pegawai   menggunakan Bahasa Bengali yang kelakar tetapi dalam intonasi yang serius.

“Saya berbangga sebab pengajaran bahasa Bengali di Malaysia kepada badan beruniform tidak pernah dilaksanakan dan saya merupakan salah satu pelatih pertama untuk membawa kursus ini kepada Pegawai Imigresen,” tambahnya.

Sementara itu, peserta, Bibiana Anak Clement menyambut baik kursus yang amat bagus untuk pegawai yang bertugas di lapangan terbang.

Jelasnya, terdapat banyak aktiviti kumpulan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus bagi membiasakan pertuturan bahasa bengali dalam kalangan pegawai Imigresen. Terdapat juga penilaian kendiri yang dilakukan melalui kuiz setiap hari.

Latihan Simulasi telah dijalankan bagi menguji tahap penguasaan bahasa bengal dan bagi membiasakan pegawai berinteraksi semasa situasi sebenar.

“Rata-ratanya amat berpuas hati dengan hasil kursus yang dilaksanakan. Pegawai juga sangat bersemangat mempraktikkan bahasa Bengali asas dalam pertuturan sesama mereka.

“Jumlah peserta yang tidak terlalu ramai juga membolehkan peserta kursus mendapat dan menerima maklum balas dari tenaga pengajar dengan baik,” katanya.

Selain itu, pegawai Imigresen juga didedahkan kepada budaya masyarakat bengali semasa perayaan utama dan merasa kuih istimewa masyarakat bengali iaitu Rasgulla.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button