Pengarah ARICG sampaikan kuliah umum di UMY Indonesia
Berita dan gambar Norfaiz Ab Mutalib
SINTOK, 7 November 2025: Pengarah Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Prof. Dr. Noor Afza Amran, telah dijemput sebagai penceramah dalam Kuliah Umum anjuran Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah (Ph.D.) Ilmu Pemerintahan, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia.
Kuliah bertajuk “Writing Research Proposal” ini berlangsung pada hari ini di Bilik 310, Aras 3, Bangunan Pascasiswazah UMY.
Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman pelajar terhadap penulisan cadangan penyelidikan serta memperkenalkan pendekatan berkesan dalam merangka proposal akademik yang berkualiti.
Kehadiran Dr. Noor Afza sebagai penceramah antarabangsa bukan sahaja memperkukuh jalinan akademik antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), malah turut membuka ruang kepada kerjasama penyelidikan rentas sempadan di masa hadapan.



