Education

Pengurusan TVET UUM dan KDEBWM teroka peluang kerjasama

Berita dan gambar Hisaruddin Ahmat

SHAH ALAM, 22 Februari 2026: Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah mengadakan sesi pertemuan bersama KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi meneroka peluang kolaborasi dalam memperkukuhkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) UUM.

Delegasi UUMKL yang diketuai oleh Menjalankan Tugas Ketua Kampus, Prof. Dr. Norlena Hasnan bersama Dekan Akademik, Prof. Madya Dr. Nik Adzrieman Abdul Rahman dan Pengarah Pengurusan TVET UUM, Prof. Madya Ts. Dr. Shanusi Ahmad telah disambut oleh Pengarah Urusan KDEBWM, Dato’ Ramli Mohd Tahir.

Dr. Norlena berkata, sesi pengenalan dan perbincangan ini bertujuan menyelaras potensi kerjasama berasaskan keperluan industri, merangkumi aspek pengurusan operasi, tadbir urus, kelestarian, keselamatan pekerjaan serta pembangunan kompetensi tenaga kerja.

Perbincangan turut menumpukan kepada penyelarasan kurikulum TVET, latihan industri berstruktur, pensijilan profesional, program peningkatan kemahiran serta penyelidikan gunaan.

Dalam sesi tersebut, UUMKL turut memperkenalkan Sistem Pengurusan TVET UUM berteraskan moto “Industri, Institusi dan Internasional” termasuk pembentangan aplikasi TVET One Stop Centre yang menyokong tiga teras utama iaitu Preparing the Experts, Transfer of Technology dan Job Placement.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen UUMKL dan KDEBWM untuk memacu ekosistem TVET negara melalui kerjasama strategik yang menyokong pembangunan bakat berkemahiran tinggi, selari dengan keperluan industri serta aspirasi pembangunan lestari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button