Education

Perasmian Pengurusan TVET UUM jadi tanda sokongan dasar TVET Negara

Berita dan gambar Hana Fatimah Kamarul Bahrin

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2026: Majlis Perasmian Pengurusan TVET UUM telah diadakan di Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap dasar TVET negara, sekali gus menjalinkan hubungan kerjasama bersama Rakan Strategik Pengurusan TVET UUM.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Urusan bagi KDEB Waste Management Sdn Bhd, Dato’ Ramli Mohd Tahir yang  menyampaikan ucapan mengenai kepentingan institut pengajian tinggi dan industri dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pengurusan TVET UUM, Prof. Madya Ts Dr. Shanusi  Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad.

Majlis diteruskan dengan Gimik Perasmian Pengurusan TVET UUM, penyampaian cenderamata, sesi bergambar rasmi serta lawatan ke bilik Pengurusan TVET UUM.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat, Ahmad Rizal Mohd Daud; Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat, KDEB Waste Management, Mahfuzah Muhammad Tarmidi; Provost UUM, Prof. Dr. Norlena Hasnan; Dekan UUMKL, Prof. Madya Dr. Nik Adzrieman Abdul Rahman; ketiga-tiga Timbalan Pengarah Pengurusan TVET, Kamal Khalid, Dr. Norwahida  Yakub @ Yaakub dan Dr. Ahmad Amran, rakan strategik Pengurusan TVET UUM dan warga UUMKL.

Perasmian ini mencerminkan komitmen universiti dan pihak KDEB Waste Management Sdn Bhd dalam menyokong Dasar TVET Negara melalui usaha memperkukuh pendidikan TVET agar dapat melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi yang dapat memenuhi keperluan industri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button