Education

POTENSI, inisiatif Kampung Angkat Madani UUM perkasa Bahasa Inggeris di SMK Seri Pantai 

Berita dan gambar Rabiatul Athirah Abdul Rahman dan Syed Haikal Syafiq Mohd Fazli

KUALA KEDAH, 17 Julai 2025: Program POTENSI anjuran Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) meneruskan komitmen dalam memartabatkan pendidikan komuniti melalui pelaksanaan sesi tuisyen subjek Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai.

Pensyarah Kanan SOE, Dr. Faizahani Abdul Rahman berkata, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kampung Angkat Madani UUM, dengan Bahasa Inggeris sebagai subjek pertama yang dilaksanakan sebelum disusuli subjek-subjek lain pada minggu-minggu berikutnya.

Menurutnya, sesi ini memberi tumpuan kepada pelajar Tingkatan 5, khususnya dalam memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris serta membina keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

“Aktiviti yang dijalankan merangkumi latihan kemahiran mendengar dan bertutur (listening and speaking), perbendaharaan kata melalui aktiviti Vocabulary Family Tree, serta latihan penulisan yang disusun secara interaktif dan berfokus.

Pihak sekolah turut menyambut baik usaha murni ini yang dianggap bertepatan dengan keperluan pelajar dan suasana pembelajaran luar bandar,” katanya.

UUM melalui Pusat Pengajian Pendidikan turut menyatakan hasrat untuk meneruskan program ini bagi subjek-subjek lain sepanjang tempoh pelaksanaan POTENSI 2025.

Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu bentuk sumbangan ilmu dan khidmat bakti universiti kepada komuniti, sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan semangat Madani yang mendasari pembangunan masyarakat berilmu dan seimbang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button