Education

PRINTIS: Mencorak insan sejahtera melalui Projek Kampung Angkat MADANI UUM

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Hillaluddin

ALOR SETAR, 1 Januari 2026: Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) melalui projek Kampung Angkat MADANI UUM telah terlibat melaksanakan projek pembangunan komuniti bertajuk PRINTIS (Program Inspirasi Terfokus, Insan Sejahtera) di Kampung Tengah, Kuala Kedah.

Projek ini  bertujuan  membentuk potensi dan jati diri, kesejahteraan emosi, serta pencegahan gejala sosial dalam kalangan remaja, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Program ini telah dilaksanakan selama lima bulan bermula Julai hingga November 2025 bersama lebih 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kuala Kedah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.

Pendekatan utama yang digunakan termasuk aktiviti kumpulan kecil dan besar, perbincangan reflektif, role-play dan pembentangan.

PRINTIS mengandungi lima modul yang merangkumi tema iaitu pencegahan gejala sosial, penerokaan kemahiran dan potensi kerjaya, penerokaan potensi diri dan harapan masa hadapan, spiritualiti dan pembangunan sahsiah diri serta keibubapaan dan komunikasi keluarga yang djalankan dengan peserta pelajar bersama ahli keluarga dan waris mereka.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) SAPSP, Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Hillaluddin berkata, modul ini dirangka untuk mengurangkan faktor risiko dalam kehidupan remaja.

Menurutnya, ini termasuk isu seperti ponteng sekolah, prestasi akademik rendah, tekanan emosi, pengaruh rakan sebaya yang negatif, dan keadaan keluarga yang mencabar.

Projek ini diharap dapat menyokong perkembangan remaja agar lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kehidupan dan alam persekolahan.  Seterusnya, menyumbang kepada pemerkasaan komuniti dan pembinaan generasi muda yang berakhlak, berdaya saing dan lebih sejahtera.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button