Education

Program ToT siapkan Career Buddies untuk Karnival Kerjaya UUM

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG)

SUNGAI PETANI, 11 Mei 2025: Program Training of Trainers (ToT) Career Buddies merupakan salah satu inisiatif strategik dalam memperkukuh persediaan Career Buddies sempena Karnival Kerjaya UUM 2025.

Peranan Career Buddies penting sebagai role model dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) serta menjadi perantaraan menyampaikan maklumat tentang peluang pekerjaan, latihan atau program berkaitan pembangunan kerjaya secara lebih meluas dan berkesan.

Program ToT telah dilaksanakan secara bersemuka di Hotel Park Avenue selama dua hari baru-baru ini bagi memastikan interaksi yang efektif, pembentukan jati diri dan latihan praktikal yang berkesan kepada Career Buddies.

Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Dr. Fikriyah Abdullah berkata, Program ToT ini dapat meningkatkan kefahaman Career Buddies mengenai peranan mereka sebagai duta kerjaya dalam kalangan pelajar UUM dan memberi peluang untuk membentuk jaringan awal dengan pihak industri melalui penglibatan dalam Karnival Kerjaya serta program-program PPKKG yang lain.

Program ini dimulakan dengan slot pengenalan tentang PPKKG yang telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi PPKKG, Nur Farah Johari. Pengenalan tersebut merangkumi kesemua info-info penting tentang perkhidmatan yang disediakan dan program-program yang akan dijalankan oleh PPKKG kepada ahli sekretariat untuk persediaan awal mereka.

PPKKG turut menjemput Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling, Muhammad Noor Fitri Ahmad bagi membantu dalam persediaan Karnival Kerjaya UUM 2025 dari segi pembentukan dan peranan ahli jawatankuasa bagi menjayakan program tersebut.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat memberi impak kepada Career Buddies terutamanya dalam memastikan kemahiran yang diterima dapat membantu menjadi ilmu yang bermanfaat dalam pengurusan program, di samping dapat meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi mereka dengan lebih baik. – Anis Zulaikha Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button