Education

Sahabat Bakti Murni jayakan program “Bijak Menolak, Berani Bersuara”

Berita dan gambar Azam Arni Mohd Noor

KUALA NERANG, 8 Disember 2025: Kumpulan Sahabat Bakti Murni (S.B.M) yang terdiri daripada semiblan pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menganjurkan program “Bijak Menolak, Berani Bersuara” di Pertubuhan Jagaan Kasih (PJK), rumah anak yatim dan asnaf Kuala Nerang.

Ketua Projek, Prof Madya Dr. Johanim Johari berkata, program khidmat sosial dan komuniti ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal murid tahap persekolahan rendah tentang penganiayaan seksual dan cara menjaga keselamatan diri.

Projek ini mendapat sokongan dan kerjasama Dekan SBM dan juga Pengurusan Tertinggi Pusat Jagaan Kasih (PJK).

Sesi perkongsian ilmu yang bersifat interaktif dan ala permainan amat bersesuaian dengan tahap umur peserta, dan telah dikendalikan dengan jayanya oleh Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Hillaluddin bersama ahli kumpulan SBM.

Program ini turut disertai pelajar, guru besar, dan guru penasihat dari Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Kuala Nerang, menjadikannya satu sesi yang amat bermakna bukan sahaja kepada semua peserta malahan juga penganjur.

Pengurusan PJK amat berterima kasih atas kerjasama Sahabat Bakti Murni dan menegaskan bahawa inisiatif sebegini amat penting dalam era digital dan teknologi yang sangat mencabar masa kini.

Mereka juga berharap lebih banyak program yang bersifat mendidik dapat dianjurkan pada masa hadapan demi manfaat anak-anak yatim, asnaf, dan masyarakat setempat.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button