Education

Shahul Hameed sebagai Profesor Adjung SBM bakal kukuhkan jaringan industri global UUM

Berita dan gambar Azam Arni Mohd Noor

KUALA LUMPUR, 20 November 2025: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah membuat kunjungan rasmi ke ibu pejabat Green Packet Berhad untuk menyampaikan Watikah Pelantikan Profesor Adjung kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengarah Urusan Green Packet Berhad, Dato’ Shahul Hameed Dawood.

Penyampaian watikah ini disempurnakan oleh Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad.

Dr. Shuhymee berkata, pelantikan ini menandakan langkah strategik SBM dalam memperkukuhkan kerjasama dengan industri, khususnya dalam bidang transformasi digital, kepimpinan strategik, dan pembangunan perniagaan berasaskan teknologi.

“Kolaborasi ini dijangka memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk memperluas pengalaman serta jaringan global mereka,” katanya.

Shahul Hameed akan mengetuai beberapa inisiatif utama bersama SBM, termasuk membawa pelajar dan staf menyertai program pendedahan luar negara, serta menganjurkan persidangan dan sesi perkongsian bersama tokoh-tokoh industri antarabangsa.

Pelantikan ini dijangka dapat meningkatkan jaringan global SBM, memberi nilai tambah kepada pelajar, dan menyokong kedudukan UUM sebagai institusi pengurusan yang progresif.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button