Education

STF IBS UUM dan KWSP santuni 600 penduduk Sik

Berita dan gambar Dr. Mohamad Yazid Isa

SIK, 8 Oktober 2025: Dana Sosial Takaful Pusat (STF) Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Utara menganjurkan Program Santai Bersama Komuniti Kg Bukit Berangan, Sik.

Program yang memfokus kepada kesedaran kewangan serta khidmat komuniti ini menghimpunkan hampir 600 peserta di sekitar Sik.

Pelbagai kempen kesedaran kewangan telah dilaksanakan oleh KWSP bersama UUM dan agensi lain seperti Bank Simpanan Nasional, Skim Simpanan Pendidikan Nasional serta Tabung Haji.

Dekan IBS, Prof. Dr. Selamah Maamor berkata, program ini melibatkan pemberian bakul makanan kepada 400 penerima oleh agensi terlibat serta IBS UUM juga turut menyampaikan sumbangan tunai d dan barangan kepada pelajar asnaf sebagai sebahagian dari usaha pembangunan komuniti IBS.

“Saya rasa bertuah kerana STF IBS dapat bersama-sama dengan KWSP dan agensi lain dalam menyantuni masyarakat Sik yang kedudukannya jauh di pinggir Kedah.

“Kerjasama strategik ini memberi impak besar kerana setiap agensi berganding bahu dalam memastikan penduduk Sik mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan dan pendidikan yang berkualiti. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button