Education

STHEM perkukuh kerjasama dalam penerbitan industri pelancongan dengan Intermedia Network

Berita dan gambar Aida Rasyidah Ahmad Muaen

SINTOK, 6 November 2025: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Intermedia Network (Santai Travel) telah mengadakan Majlis Penyerahan Surat Penyataan Hasrat (LoI) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Intermedia Network sebagai hasrat memperkukuhkan kerjasama dalam bidang penerbitan industri pelancongan bertempat di EDC Hotel UUM.

STHEM diwakili Dekannya, Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim berkata, kerjasama ini amat penting agar mengekalkan keterlihatan STHEM dan UUM.

“Kerjasama ini bertepatan dengan usaha STHEM agar dapat meningkatkan jaringan kerjasama dalam bidang pelancongan di peringkat dalam dan luar negara,” katanya.

Turut hadir, Pensyarah STHEM, Dr. Ahmad Edwin Mohamed, yang merupakan pegawai perhubungan antara STHEM dengan Intermedia Network bagi mengadakan kerjasama program dan sebagainya.

Intermedia Network diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azli Halim yang melihat kerjasama ini dapat membuka ruang dan peluang untuk memberikan pendedahan kepada pelajar dan staf STHEM dalam penulisan berita.

“Melalui kerjasama bersama UUM, kita dapat membuka ruang kerjasama dengan lebih meluas dengan rakan kerjasama Intermedia Network seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan banyak lagi,” katanya.

Beliau turut mengiringi rombongan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang diketuai oleh Imam Besar iaitu Sahibul Fadhilah Dato’ Muhammad Farhan Wijaya melawat STHEM dan membincangkan potensi kerjasama yang dapat dijalankan.

Selain itu, STHEM dan Intermedia Network berhasrat mengadakan kerjasama dalam program edutourism di peringkat dalam dan luar negara menerusi penganjuran program bersama.

Di samping itu, STHEM dapat menggunakan kelebihan penerbitan dalam Santai Travel Magazine untuk memasukkan berita berkenaan UUM agar lebih dikenali oleh pemain industri pelancongan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button