Education

SULAM STHEM dedah industri perancangan acara hibrid dan maya

Gambar STHEM

SINTOK, 13 Januari 2025: Seramai 77 pelajar kursus GHZT4123 Contemporary Issues in Event Management (Semester A241) dengan sokongan Unit Penyelidikan Pengurusan Acara (EMRU), Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) telah melaksanakan program Service-Learning Malaysia-University for Society (SULAM).

Pengerusi Program Pengurusan Acara STHEM, Suryati Abd Shukor berkata, program ini melibatkan lebih daripada 500 peserta daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Politeknik Sultan Idris, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Universiti Kuala Lumpur sebagai komuniti sasaran.

Menurutnya, program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai penganjuran acara hibrid dan maya melalui platform dalam talian Webex.

“Pelajar kursus berperanan sebagai fasilitator program, di samping menampilkan penceramah jemputan, Ts. Muhammad Yusno Yunos CMP daripada Evenesis, Y Us Sdn. Bhd. untuk berkongsi ilmu, pengalaman, dan panduan praktikal dalam menganjurkan acara hibrid serta maya.

“Selain dari itu, program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang cara hidup sihat,” katanya.

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan yang dipantau oleh pelajar GHZT4123 sebagai fasilitator semasa simulasi acara. Simulasi acara dianjurkan diantara 6 Disember 2024 sehingga 4 Januari 2025. Peranan pelajar sebagai fasilitator sejajar dengan matlamat program SULAM yang menekankan perkongsian ilmu daripada pembelajaran di bilik kuliah dengan komuniti terpilih.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk Ceramah Kesihatan oleh Pegawai Farmasi Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan UUM, Nur Safinaz Mukhtar; pertandingan Fat2Fit dan Pop Tastic Walk.

Beliau berterima kasih atas sambutan yang menggalakkan daripada komuniti yang terlibat. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelajar atas kejayaan penganjuran program SULAM kali ini.

Menurutnya, pelajar bukan sahaja berjaya menganjurkan acara tetapi juga mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

Jumlah berat badan yang berjaya diturunkan semasa pertandingan Fat2Fit adalah hampir 86.5 kilogram, manakala 1,101,930 langkah direkodkan dari semua peserta menerusi Strava Challenge dan kesemua peserta berjaya menyelesaikan Pop Tastic Walk dengan jarak 3km.

Acara yang dianjurkan turut mendapat sokongan penajaan berbentuk in-kind dan wang tunai daripada beberapa syarikat seperti Vida, Haus Boom, Nuran Mini Spa Incubator Hub, Sime Darby Mart, Thissert, dan Snack Boat Conner.

Sumbangan ini telah membantu melancarkan penganjuran acara, selain memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar dalam pengurusan penajaan dan kerjasama dengan pihak industri. – Dr. Norwani Mohd Nazari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button