Education

UUM cadang bangunkan Ujian Bahasa Inggeris Dalaman sebagai syarat kemasukan

Berita dan gambar Dr. Noor Asbahan Shahizan

BANGI, 16 Februari 2026: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) yang diwakili oleh Dr. Noor Asbahan Shahizan telah mengadakan satu perbincangan awal di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Ketua Program, Higher Education English Test (HEET), Pusat Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMShape), Dr. Nur Ehsan Mohd Said.

Dr. Noor Asbahan berkata, sesi ini bertujuan mendapatkan input teknikal berkaitan pembangunan ujian Bahasa Inggeris baharu yang sedang dirancang sebagai salah satu syarat kemasukan ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam pertemuan tersebut, pihak UKM telah berkongsi pengalaman mereka dalam membangunkan dan mentadbir ujian HEET, termasuk proses mendapatkan kelulusan pihak berkuasa, keperluan kajian pengesahan, serta aspek kebolehpercayaan dan tadbir urus ujian.

Input yang diperoleh akan membantu UUM dalam merancang pembangunan ujian Bahasa Inggeris dalaman yang berkualiti dan berstandard antarabangsa, selaras dengan keperluan institusi serta menyokong pelaksanaan ekosistem BBEP di peringkat pra-kemasukan pelajar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button