UUM terpilih salah sebuah universiti industri kreatif
AMPANG, 27 Mac 2025 – UUM terpilih sebagai salah sebuah universiti industri kreatif sempena Sambutan Hari Seniman 2025 di Hotel Grand Barakah, baru-baru ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan Surat Niat (Letter of Intent) kepada tujuh institusi pendidikan terpilih dan UUM yang diwakili Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Prof Madya Ts. Dr Adzrool Idzwan Ismail.
Sambutan bertemakan “Seni Merentasi Budaya dan Generasi”, menekankan peranan penggiat seni sebagai medium untuk perpaduan dalam aspek warisan, budaya, dan masyarakat merentasi zaman.
Sebagai langkah untuk memperkasakan industri seni tanah air, FINAS telah berkolaborasi bersama institusi pendidikan negara dalam hub industri kreatif.
Usaha murni ini telah memperkukuh ruang kepada penggiat industri seni untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, berkolaborasi dalam projek pembangunan seni, menyediakan platfom peluang pekerjaan baharu sebagai tenaga pengajar di universiti dan pusat latihan.
Hasrat menuju kepada Northern Hub Industry Creative pada 2031, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan akan meneruskan agenda untuk memperluas rakan strategik, pelan pembangunan mapan industri kreatif dan tindakan secara berfasa bagi mencapai hasrat tersebut.
Penyerahan LOI ini telah diterima oleh wakil UUM, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Prof Madya Ts. Dr Adzrool Idzwan Ismail, dan menyerahkan Surat Niat FINAS kepada Prof Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, Naib Canselor UUM di Galeri UUM.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib. – M Shahadat Nordin