Education

Wakaf buku, peluang gandakan pahala

SINTOK, 27 Mac 2025: Wakaf Buku, satu usaha murni anjuran UUM Press dilaksanakan sebagai memberi peluang kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memerlukan bahan rujukan akademik untuk mendapatkan ilmu.

Pengarah UUM Press, Prof. Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi berkata, program ini bertujuan membantu pelajar memperoleh bahan rujukan berkualiti, terutamanya buku teks yang digunakan dalam pelbagai kursus di UUM.

Menurutnya, wakaf buku teks ini juga bukan sekadar sumbangan biasa malah menjadi pengajian ilmu yang akan memberi manfaat jangka panjang kepada para pelajar dalam usaha mereka mencapai kecemerlangan akademik.

“Ramai pelajar menghadapi kesukaran mendapatkan buku teks akademik kerana kos yang tinggi. Dengan adanya inisiatif wakaf ini, kita dapat membantu mereka dan pada masa yang sama, menyumbang kepada perkembangan ilmu,” katanya.

Oleh itu, orang ramai amat dialu-alukan untuk turut sama dalam program ini dengan menyumbang buku teks pengajian yang bakal dimanfaatkan oleh para pelajar. Beberapa pakej tersedia untuk dipilih, iaitu:

📌 Pakej A – RM100.00 (2 naskhah buku teks)
📌 Pakej B – RM200.00 (4 naskhah buku teks)
📌 Pakej C – RM300.00 (6 naskhah buku teks)
📌 Pakej D – RM400.00 (8 naskhah buku teks)
📌 Pakej E – RM500.00 (10 naskhah buku teks)
📌 Pakej Umum – Wakaf sebarang jumlah mengikut kemampuan individu

Untuk memudahkan sumbangan, anda boleh mengimbas kod QR yang tertera di poster rasmi atau melayari pautan http://epay.uum.edu.my/go.php?billcode=WAKAFBUKU bagi menyalurkan wakaf kepada mereka.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pihak UUM Press menerusi WhatsApp di talian +6011 5784 2906.

Penyumbang yang berwakaf dalam program ini juga layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(11D) ACP 1967.

UUM Press berharap lebih banyak pihak tampil menyokong usaha ini demi manfaat masyarakat dan pembangunan ilmu negara.

Jom sama-sama menyebarkan ilmu melalui Wakaf Buku untuk generasi pelajar yang memerlukan! – Mohammad Amzari Bakri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button