WEBINAR KEPINTARAN BUATAN (AI) DALAM PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

WEBINAR KEPINTARAN BUATAN (AI) DALAM PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

When

September 17, 2024    
10:00 am - 12:00 pm

Event Type

Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan kerjasama Malaysian e-Learning Council for Public Universities (MEIPTA) dan Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC), Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganjurkan Webinar Kepintaran Buatan (AI) Dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia.

Webinar ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan inisiatif universiti di Malaysia dalam memimpin pembangunan dan penerapan teknologi AI, terutamanya dalam konteks pendidikan tinggi. Webinar ini juga akan membincangkan strategi, cabaran, dan peluang yang ada bagi universiti untuk melahirkan pelopor inovasi AI di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua staf akademik dan pelajar di organisasi/Jabatan YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai sesi webinar ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 September 2024 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tajuk forum : AI for Data Driven Decisions in Higher Education
Platform : Facebook Live (https://bit.ly/fb-utlc)

Bersama-sama ini disertakan poster program untuk makluman dan tindakan YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi urus setia berikut:

1. Dr. Nurliyana Bukhari Tel.: 04-9284704/ 013-4427378 atau e-mel: nurliyana@uum.edu.my
2. Puan Fadhlina Md Pudzi Tel.: 04-9284707/ 019-5166261 atau e-mel: fadhlina@uum.edu.my
3. Encik Fazrul Ashraf Azmi Tel.: 04-9284697/ 013-466 7652 atau e-mel: fazrul@uum.edu.my

Kerjasama dan kesudian Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai dan menjayakan sesi webinar ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

Prof. Madya Ts. Dr. Izwan Nizal Mohd. Shaharanee

Pengarah

Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC)
Universiti Utara Malaysia

Back to top button