General

Brisk walk semarakkan semangat patriotik warga UUMKL dan OYAGSB

KUALA LUMPUR: ‘Brisk walk’ atau berjalan cepat adalah aktiviti yang melibatkan berjalan dengan laju dan merupakan latihan kardiovaskular yang bagus serta boleh dilakukan oleh hampir semua peringkat umur tidak kira usia atau tahap kecergasan fizikal.

‘Brisk walking’ ini merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos, justeru ia menjadi pilihan sebagai aktiviti pertama sambutan bulan kemerdekan kampus ini.

Program yang merupakan anjuran bersama Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dan OYAGSB ini disertai oleh kira-kira 45 warga kerja kampus ini, baru-baru ini.

Acara pelepasan disempurnakan oleh Ketua Kampus, Prof. Dr. Norlena Hasnan di Foyer UUMKL. Aktiviti ‘brisk walk’ bermula di kampus UUMKL ke Dataran Merdeka dan Tugu Negara yang berjarak 9 kilometer.

“Kehidupan di pejabat setiap hari sangat sibuk jadi peluang ini digunakan sebaiknya untuk melepaskan lelah bekerja, berjalan sebegini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah kami dapat menyaksikan kemeriahan persediaan sambutan ambang kemerdekaan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, penganjuran program ini adalah untuk menyahut cabaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggalakkan program ke arah meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup. – Nur Afiqah Abu Bakar

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button