General

BoSan 2026 semarak budaya sihat dan kebersamaan warga IBS

Gambar Mohd. Saharudin Shakrani dan Dr. Siti Hajar Salwa Ahmad Musadik

ALOR SETAR, 7 Julai 2026: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Jawatankuasa Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (JKSR) telah menganjurkan Program Boling Santai IBS (BoSan) 2026 di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, baru-baru ini.

Program tersebut disertai seramai 13 warga IBS sebagai usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim, membina semangat berpasukan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pusat pengajian.

Pengerusi JKSR IBS, Dr. Muhammad Fakhirin Che Majid berkata, penganjuran BoSan 2026 merupakan inisiatif santai tetapi bermakna dalam menyokong kesejahteraan warga kerja IBS.

“Program seperti ini memberi ruang kepada warga IBS untuk beriadah, mengurangkan tekanan kerja serta membina hubungan yang lebih erat di luar suasana rasmi pejabat.

“Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu meningkatkan motivasi, semangat kerja berpasukan dan produktiviti warga organisasi,” katanya.

Menurutnya, penganjuran aktiviti seumpama itu juga selari dengan aspirasi UUM dalam membudayakan gaya hidup sihat serta mewujudkan persekitaran kerja yang positif, harmoni dan saling menyokong.

Sepanjang program berlangsung, peserta berpeluang menyertai aktiviti boling secara santai dalam suasana penuh ceria dan muhibah. Aktiviti tersebut turut menjadi platform untuk mengukuhkan komunikasi, kerjasama dan hubungan kekeluargaan sesama warga IBS.

Penganjuran BoSan 2026 mencerminkan komitmen JKSR IBS dalam memperkasa aspek kebajikan, kesihatan dan rekreasi warga pusat pengajian, selain menyemarakkan budaya kerja yang sihat, produktif dan berpasukan.

Program itu diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu aktiviti berkala yang mampu mempererat hubungan warga IBS serta menyokong keseimbangan antara kecemerlangan kerjaya dan kesejahteraan diri. – Dr. Muhammad Fakhirin Che Majid

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button