General

Dari tepi jalan ke mercu kejayaan: Perjalanan Ayam Bismi didokumentasi menerusi kerjasama UUM

Berita dan gambar Dr. Yusry Sulaiman

ALOR SETAR, 27 Julai 2026: Perjalanan sarat inspirasi syarikat pembekal ayam tempatan yang patut dibanggakan, Ayam Bismi yang bermula daripada perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan sehingga muncul sebagai antara gergasi industri dan kebanggaan warga Kedah.

Bakal didokumentasikan secara rasmi menerusi kerjasama strategik bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui  Research Group, Sejarah dan Budaya di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), usaha ini bertujuan merakamkan secara sistematik evolusi perniagaan Ayam Bismi dari fasa awal penubuhan, mendepani pelbagai cabaran, hinggalah berkembang menjadi simbol kejayaan usahawan tempatan pada hari ini.

Sinergi penting ini digerakkan menerusi kolaborasi erat antara pihak pengurusan tertinggi Ayam Bismi yang diterajui oleh presiden dan pengasas iaitu Jaffri Ahmad dan Mazlina Kamarudin bersama barisan akademik serta penyelidik terkemuka UUM.

Antara tokoh akademik UUM yang menggembleng tenaga menjayakan projek pendokumentasian ini termasuklah Prof. Madya Dr. Mohamed Ali Haniffa, Dr. Naidzatul Akma Mokhtar, Dr. Yusry Sulaiman, Dr. Jazliza Jamaluddin, Dr. Sharifah Ismail dan Zeety Kartini Abdul Hamid.

Wakil Research Group, Sejarah dan Budaya, SLCP di UUM berkata, projek pendokumentasian ini sangat penting bagi mendidik generasi muda bahawa nilai kenegaraan dan patriotisme juga dibina menerusi kegigihan ekonomi anak tempatan.

“Kisah Ayam Bismi yang bermula dengan menjual ayam di tepi jalan sehingga bergelar kebanggaan rakyat Kedah merupakan naratif yang amat bernilai.

“Pekara ini sekadar kisah perniagaan, tetapi manifestasi jati diri, keberanian mendepani risiko, serta sumbangan nyata terhadap sekuriti makanan negara yang perlu didokumentasikan menerusi pendekatan Sejarah Gunaan,” katanya.

Menerusi projek pendokumentasian ini, beberapa skop utama telah dirangka, antaranya, rekod fasa aAwal perjuangan, mengumpul bahan sejarah, gambar, dan maklumat asal sewaktu perniagaan dijalankan di tepi jalan bagi menggambarkan kesukaran serta strategi awal pengasas, Rakaman Sejarah Lisan (Oral History), temu bual mendalam bersama pengasas, pengurusan kanan, dan generasi awal pekerja bagi mengabadikan pengalaman pahit manis sepanjang membina empayar Ayam Bismi dan akhir sekali, Penerbitan dan Kes Kajian Mahasiswa, Hasil pendokumentasian ini akan diterbitkan dan dijadikan bahan kajian kes (case study) bagi pelajar UUM dalam menyemai semangat keusahawanan, patriotisme, dan pembangunan jati diri.

Pihak pengurusan Ayam Bismi, Jafri dan Mazlina turut menzahirkan rasa terharu dan bangga atas inisiatif kolaborasi bersama pihak universiti.

Mereka berharap kisah perjuangan dari peringkat akar umbi ini dapat dijadikan sumber inspirasi buat anak muda tempatan untuk terus berusaha membanggakan negeri dan negara. Melalui langkah ini, pihak Research Group,  Sejarah & Budaya, SLCP, UUM dan Ayam Bismi membuktikan bahawa sejarah bukan sekadar lipatan kenangan, sebaliknya satu ikhtiar untuk memelihara warisan perjuangan tempatan demi memberi dorongan kepada usaha pembinaan negara pada masa hadapan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button