General

Dua pelajar UUM rangkul Innovation and Scale Award di EY YTPC

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2024: Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencipta nama di persada nasional apabila dua pelajarnya berjaya merangkul Innovation and Scale Award dalam EY Young Technology Professional Challenge 2024 yang diadakan semalam.

Pasukan UUM mencatat pencapaian membanggakan di EY Young Technology Professional Challenge (YTPC) 2024 apabila memenangi Honourable Mention: Innovation & Scale Award.

Pertandingan ini, dianjurkan oleh EY Malaysia dengan kerjasama SAP dan Petronas menghimpunkan lebih 103 pasukan dari seluruh Malaysia untuk menyelesaikan cabaran dunia sebenar menggunakan teknologi inovatif.

Pasukan UUM berjaya menempatkan diri dalam 6 finalis teratas, membuktikan kebolehan pelajar UUM untuk bersaing di peringkat nasional.

Pencapaian ini diraih oleh pasukan yang terdiri daripada:

• Shannie Fu Jia Qi , pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
• Sia Zhi Hong, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi

Projek mereka yang bertemakan ENVEX, sebuah platform perdagangan dan pengimbangan karbon inovatif yang membantu perniagaan mengesan pelepasan karbon, memperdagangkan kredit karbon, dan mencapai matlamat kelestarian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button