General

PACE PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK 2027 MELALUI BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK DAN PEMANTAPAN DOKUMENTASI ISO 9001:2015

Berita dan gambar oleh: Shafina Binti Jaafar

PULAU PINANG, 5–7 NOVEMBER 2026 – Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik dan Hala Tuju PACE 2027: Pemerkasaan Program Akademik dan Pemantapan Dokumentasi ISO 9001:2015 bertempat di DoubleTree Resort by Hilton Penang selama tiga hari.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Rozita binti Abdul Mutalib, bersama staf PACE serta Penyelaras Program Separuh Masa dan Open and Distance Learning (ODL).

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk merangka hala tuju strategik PACE bagi tahun 2027 dengan memberikan penekanan kepada pemerkasaan program akademik, penambahbaikan pengurusan operasi serta pemantapan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai perbincangan dan perkongsian idea telah diadakan bagi menilai pelaksanaan semasa, mengenal pasti cabaran serta merangka strategi penambahbaikan yang bersesuaian dengan keperluan dan hala tuju PACE.

Selain itu, bengkel ini turut memberi tumpuan kepada penyelarasan dokumentasi dan prosedur kerja bagi memastikan pengurusan program Separuh Masa dan ODL dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Melalui penganjuran bengkel ini, PACE berharap segala perancangan dan strategi yang telah dibincangkan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang lebih berfokus serta menjadi panduan dalam memperkukuh kecemerlangan pengurusan akademik dan penyampaian perkhidmatan PACE

Komitmen berterusan ini mencerminkan usaha PACE dalam memperkasakan pendidikan profesional dan lanjutan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berdaya saing.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button