Perundingan PPQA, UUM dan UMPSA membuahkan hasil
Gambar Sobirah Hamdi
KUANTAN, 3 Disember 2024: Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Majlis Apresiasi Kejayaan Projek Perundingan Bagi Pensijilan MS ISO 9001:2015 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Ancasa Resort pada 26 November lalu.
PPQA telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Apresiasi Kejayaan Projek Perundingan Bagi Pensijilan MS ISO 9001:2015 UMPSA sebagai simbolik penghargaan kepada kerjasama antara kedua-dua universiti.
Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan pencapaian penting dalam usaha mempertingkatkan sistem pengurusan kualiti di universiti.
Dalam ucapan Pengarah PPQA, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin menyatakan bahawa projek perundingan ini bermula dari Ogos 2022 hingga Mei 2023 telah membuahkan hasil dalam membantu UMPSA mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015 buat kali pertama tanpa kerjasama semua pihak kejayaan ini mungkin tidak mampu dicapai.
Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan dimana para tetamu turut berpeluang berkongsi pengalaman mengenai perjalanan perundingan ini.
Dengan kejayaan ini, diharap UMPSA dapat terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan melalui sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 dan mencapai kejayaan yang lebih besar di masa depan. – Nurul Asyiqin Muhamad Zaini