General

Tunku Mahkota Kedah berkenan terima mengadap Naib Canselor UUM perkenalkan diri

Gambar Hairul Nizam Zahari

ALOR SETAR, 5 Mei 2026: Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah merangkap Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia telah berkenan menerima mengadap Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di Wisma Darul Aman, pagi tadi.

Tujuan mengadap adalah untuk memperkenalkan diri sebagai Naib Canselor UUM yang baharu serta memaklumkan pelantikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang baharu.

Sesi menghadap tersebut turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri.

Selain itu, Dr. Ahmad Martadha telah menyembah maklum perkembangan semasa berkaitan universiti termasuk penganjuran Majlis Konvokesyen ke-39.

Beliau turut memaklumkan mengenai pencapaian kebolehpasaran graduan berdasarkan penilaian Talentbank, serta inisiatif UUM dalam menubuhkan Pusat Pemulihan OKU hasil sumbangan dana berjumlah RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

Naib Canselor juga menyembah maklum mengenai pembangunan ekosistem Dapur Siswa MADANI, penerbitan buku serta penubuhan Galeri Kedah Tua sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan peranan universiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button