General

UUM diiktiraf Top 10 in Public Higher Education Institution

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG)

PETALING JAYA, 3 Disember 2024: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima pengiktirafan sebagai “Top 10 in Public Higher Education Institution” di Malam Gemilang Majlis Anugerah Pilihan Graduan (Graduates Choice Award – GCA 2024) anjuran Talentbank, baru-baru ini.

Penganugerahan ini menandakan pengiktirafan graduan terhadap kebolehpasaran dan kualiti program yang ditawarkan di UUM.

Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Sufian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed bersama Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Dr. Fikriyah Abdullah telah mewakili UUM untuk menerima anugerah tersebut.

Pengiktirafan ini dicapai melalui suara kolektif pelajar pusat pengajian tinggi dan universiti tempatan seluruh negara bagi memilih industri pilihan mereka.

Ini sekali gus menjadikan ia satu wacana utuh terhadap usaha kerjasama industri dalam merapatkan jurang kebolehpasaran antara para graduan dan para majikan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho dan Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, KPT, Fazidah Mustafa. – Anis Zulaikha Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button