CampusUncategorized

Anugerah Kecemerlangan Tengku Mahaleel buka peluang kepada pelajar cemerlang dari keluarga B40

Gambar oleh Hairul Nizam Zahari

SINTOK, 11 November 2025: Anugerah Kecemerlangan Tengku Mahaleel kali pertama diberikan kepada tiga graduan cemerlang B40 adalah sumbangan peribadi Yang Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Paduka (Dr.) Mahaleel Tengku Ariff, Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Setiap penerima menerima wang tunai berjumlah RM2,000.

Antara penerima anugerah adalah Muhammad Farid Naim Azlal (Program Sarjana Muda Pemasaran), Muhammad Zulhilmi Muhammad Zahri (Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan), dan Nur Syafawati Hamdan (program Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia).

Farid Naim, 24, kini bekerja sebagai E-Commerce Assistant, berkata:

“Saya merasa sangat bangga kerana usaha selama ini terbayar. Saya bersyukur kerana Allah mempermudahkan jalan dan kerana ada orang yang sentiasa menyokong. Kadang-kadang rasa macam tak percaya pun boleh capai tahap ini.”

Muhammad Zulhilmi Muhammad Zahri, 26, kini Freelance Event Coordinator, pula berkata:

“Saya dedikasikan kejayaan ini kepada ibu dan ayah saya serta semua yang mendoakan saya.”

Bagi Nur Syafawati, 23, kini bekerja sebagai HR Learning and Engagement Assistant,

“Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah di antara kawan-kawan seperjuangan yang lain. Saya bersyukur diberi anugerah ini.” Katanya.

Tengku Mahaleel menyampaikan anugerah berkenaan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) Ke-38, Sesi Keempat berlangsung dengan penuh istiadat dan kemeriahan di Dewan Mu’adzam Shah, pagi ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button