CampusGeneral

TISSA UUM terokai TNB GENCO

Oleh Abdul Razak Abdul Wahab

Gambar oleh TISSA-UUM/UUM Today

KUALA LUMPUR: TNB GENCO bukan satu industri yang baharu terutamanya di dalam industrI tenaga di Malaysia.

Organisasi ini mempunyai banyak peluang yang boleh diterokai oleh pelajar di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) Universiti Utara Malaysia (UUM) dari aspek tempat latihan industri mahupun peluang pekerjaan.

Pertemuan antara Dekan TISSA, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad bersama Pengarah Urusan, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB GENCO), Ir. Muhamad Nazri Fazil, baru-baru ini telah memberi pendedahan bahawa TNB GENCO juga merupakan satu lubuk yang boleh diterokai oleh graduan dan pelajar TISSA UUM.

Perbincangan yang diadakan telah melihat bagaimanakah kerjasama ini dapat memberikan manfaat secara bersama antara kedua belah pihak.

Selain itu, kerjasama yang boleh dilaksanakan juga boleh melibatkan aktiviti di bawah ESG yang boleh dijalankan secara bersama di antara TISSA  UUM dengan TNB GENCO pada masa hadapan.

Menurut Dr. Ram Al Jaffri, aktiviti ESG dengan kerjasama TNB GENCO ini merupakan satu aktiviti yang berimpak tinggi sekiranya diterokai dengan sebaiknya.

Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd Ali dan Amin Ali.

Related Articles

Back to top button