Campus

Lawatan penanda aras SAC tingkat mutu perkhidmatan

SINTOK: Seramai 25 staf Pusat Penginapan Pelajar (SAC) telah mengadakan lawatan penanda aras di dua universiti awam iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Kebangsaan (UKM), baru-baru ini.

Delegasi UUM diketuai Pengarah SAC, Ahmad Mujahid Abd. Ghani disambut baik oleh Ketua Penolong Pendaftar USM, Wong Heng Cheang dan Ketua Bahagian Latihan dan Korporat, UKM, Iwana Mohd Salmi.

Abdul Mujahid berkata, lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan perkhidmatan di SAC, di samping membina ukhuwah dengan universiti awam yang lain.

Sepanjang lawatan ini berlangsung banyak idea dan perkongsian yang diberikan oleh kedua-dua universiti.

Di USM, mereka telah berkongsi mengenai aduan dan laporan penyenggaraan dalam talian, lanskap di kolej kediaman serta penambahbaikan yang telah dijalankan di bilik orang kurang upaya (OKU).

Sementara di UKM pula, Pusat Perumahan Pelajar (PPP) banyak berkongsi idea dan pendapat dalam pengurusan lantikan panel kontraktor di kolej kediaman, sistem aduan kerosakan yang digunakan bagi melancarkan proses penyenggaraan di kolej, sistem penginapan (e-Merit, e-Tamu & e-Rayuan) serta fokus utama PPP adalah meningkatkan kuantiti penginapan pelajar dalam kampus.

Di akhir lawatan ini, delegasi SAC diberi peluang untuk melihat bilik premium di UKM iaitu di Kolej Keris Mas dan Kolej Ibu Zain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button