Campus

Calon PhD ketahui undang-undang dan peraturan cuti belajar

SINTOK: Unit Pengajian Lanjutan, Jabatan Sumber Manusia (JSM) telah mengadakan sesi taklimat yang memberi tumpuan kepada undang-undang dan peraturan cuti belajar kepada calon-calon PhD 2024.

Taklimat ini disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed dengan dibantu Pegawai Undang-Undang, Ahmad Syahmi Anuar Mahayudin serta Penolong Pendaftar, Amirah Mohamad daripada JSM yang memfokuskan kepada peruntukan cuti.

Ketua Unit Pengajian Lanjutan, Roslina Abdullah berkata, objektif utama taklimat ini adalah untuk memastikan semua calon PhD yang terdiri daripada lima tutor dan seorang pustakawan memahami kandungan perjanjian yang telah ditandatangani serta risiko yang mungkin mereka hadapi sekiranya berlaku perlanggaran kontrak.

Menurutnya, taklimat ini bukan sahaja penting untuk memberikan kefahaman mendalam mengenai perjanjian tersebut, tetapi juga bertujuan untuk memotivasi calon-calon PhD agar menyiapkan pengajian mereka dalam tempoh cuti belajar yang telah ditetapkan dengan lancar.

Taklimat ini berfungsi sebagai persediaan awal untuk mengelakkan sebarang isu perundangan yang mungkin timbul sepanjang tempoh pengajian.

Selain itu, ia juga memberikan panduan mengenai hak dan tanggungjawab pelajar, memastikan bahawa setiap calon PhD dapat menguruskan pengajian mereka dengan baik, mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, serta mengelakkan sebarang komplikasi undang-undang yang boleh mengganggu perjalanan akademik mereka.

Sepanjang sesi tersebut, pelbagai soalan telah diajukan kepada pegawai undang-undang, yang secara tidak langsung membuka mata calon PhD untuk lebih cakna tentang peraturan dan undang-undang berkaitan. Ini membantu mereka memahami dengan lebih mendalam implikasi undang-undang yang mungkin timbul dan bagaimana untuk menanganinya dengan bijak. – Roslina Abdullah

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button