Campus

Sumbangan Bakul Kasih untuk pelajar baharu yang layak

SINTOK: Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan (BSD) berbesar hati menyalurkan Sumbangan Bakul Kasih sempena Pendaftaran Pelajar Baru sesi A241.

Pengarah BSD, Dr. Afiruddin Tapa berkata, barangan berbentuk keperluan harian ini akan disalurkan kepada pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan tersebut.

Menurutnya, sumbangan ini juga mencerminkan komitmen BSD bagi membantu meringankan cabaran kos sara hidup pelajar, terutamanya bagi keluarga dari kategori B40 dan M40 terendah.

Sebagai menghargai sumbangan ini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Marthada Mohamed telah menerima Bakul Kasih sebagai tanda simbolik.

Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar sentiasa peka kepada keluhan pelajar dan akan terus membuat penambahbaikan dalam mendapatkan data pelajar dalam usaha membantu pelajar mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. – Juhaina Che Juhari 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button