Ibu bapa main peranan signifikan untuk anak-anak
SINTOK: Ibu bapa dan waris kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) diminta dapat memainkan peranan signifikan untuk anak-anak mereka sepanjang menuntut ilmu.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, walapun pelajar-pelajar ini sudah dewasa, sokongan fizikal dan emosi sangat penting untuk mereka meneruskan pengajian.
Menurutnya, warga UUM sedia menerima pelajar untuk bersama-sama di gedung ilmu ini bagi tempoh empat tahun dengan penuh iltizam dan keazaman menggapai impian, visi dan misi.
Dalam Bicara Naib Canselor Bersama Waris Semester pertama Sesi 2024/2025, Dr. Mohd Foad mengucapkan Syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan waris kerana berjaya mendidik pelajar baharu ini melangkah ke fasa baru kehidupan.
“Ini adalah kejayaan dan cerminan usaha ibu apa yang mengasuh dan membangun bersama mereka,” katanya.
Beliau turut berkongsi tentang empat perkembangan semasa UUM, memperkenalkan ahli pengurusan tinggi universiti termasuk dekan-dekan pusat pengajian.