Campus

Young Entrepreneur: Teras strategik pembangunan bakat pelajar INASIS Tradewinds

Gambar JKPSRS INASIS Tradewinds

SINTOK: Waktu pelajaran yang ketat dan mencabar bukanlah penghalang kepada pelajar khususnya pelajar dari INASIS Tradewinds untuk bergiat aktif dalam bidang yang mereka minati.

Kebanyakan pelajar cuba menceburi dan mempersiap diri di masa akan datang tidak kira dari segi sukan, bakat dan terutamanya keusahawanan. Perniagaan dalam kalangan pelajar tidak lagi asing di Universiti Utara Malaysia (UUM) lebih-lebih lagi di INASIS Tradewinds.

Pelajar-pelajar INASIS Tradewinds berjaya menggunakan peluang serta modal yang ada untuk mengeluarkan produk atau jenama mereka sendiri seperti baju, lanyard dan terutamanya makanan dan minuman.

Pengusaha Secawan Dua, Muhammad Wafi Nazrin Sha’ari selaku pelajar INASIS Tradewinds yang sedang menjalankan perniagaan air balang di sekitar kawasan UUM memulakan perniagaan air balang atas tujuan pembentukan perniagaan jangka masa panjang.

“Saya melihat dengan penjualan air balang di sekitar kawasan kuliah merupakan satu peluang memandangkan cuaca panas dan lokasi perniagaan yang strategik.

“Secawan Dua cuba sehabis baik untuk melakukan proses R&D dalam produk air yang dijual bagi mendapatkan hasil dan kualiti yang dapat memberi pengalaman terbaik kepada semua pelanggannya. Atas dasar itulah, perniagaan air balang Secawan Dua mendapat sambutan hangat daripada rakan-rakan dan seterusnya oleh warga UUM,” katanya.

Selain itu, tujuannya berniaga adalah untuk berkongsi rezeki bersama pelajar-pelajar lain yang ingin mencari pendapatan dan dia percaya yang dalam setiap rezeki yang dijana juga merupakan rezeki kepada orang lain.

Menurutnya, dia mendapat sokongan daripada pihak universiti seperti CEDI dan INASIS Tradewinds dalam menggerakkan perniagaannya. 

Sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bersifat holistik, pengalaman seperti ini mungkin tidak dapat didapati di dalam kelas. – Shafiq Shafiee

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button