Kunjungan UPIF, SLCP ke ASAS jalin hubungan industri
KUALA LUMPUR: Kunjungan dari Unit Pengajian Islam dan Falsafah (UPIF), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun, dan Falsafah (SLCP) Universiti Utara Malaysia (UUM) ke Pejabat Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) telah berjaya menjalin hubungan industri yang positif.
Kedatangan delegasi SLCP yang diketuai oleh Ketua UPIF, Dr. Azaman Md Zain itu membincangkan tentang input berharga daripada pengamal industri bagi penambahbaikan program baharu.
Antara yang hadir dalam perbincangan tersebut ialah Pengarah Eksekutif International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance, Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin merangkap Presiden Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS); Ketua Pegawai Eksekutif ASAS, Makhtar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Amanie Care Foundation, Razi Pahlavi Abdul Aziz.
Pandangan yang diberikan oleh ASAS sangat penting dalam memastikan graduan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak semasa industri, khususnya dalam industri kewangan Islam.
Penguasaan kemahiran yang relevan ini akan membantu graduan menghadapi cabaran serta memenuhi permintaan pasaran kerja dengan lebih baik.
Semoga perbincangan ini membuka peluang untuk kerjasama strategik yang berterusan antara UUM dan ASAS demi kebaikan bersama. – Dr. Nor Hanani Ismail