Education

‘Love Maths’ tingkat minat terhadap matematik

Gambar Muhammad Azhar Abdullah

LANGKAWI: Program “Love Maths With TISSA and Yayasan Mohd Khairi” yang menyasarkan 29 pelajar Tingkatan Lima bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matematik telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi, Pulau Tuba, baru-baru ini.

Program yang merupakan siri ketiga dianjurkan pada tahun ini menunjukkan usaha berterusan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) dalam memperkukuh minat pelajar terhadap subjek tersebut.

“Love Maths” ini diadakan bersempena dengan program “Perkampungan Ilmu” anjuran pihak sekolah dan seramai lima mentor dari UUM bersama Guru Pakar Matematik, Muhammad Azhar Abdullah telah mengetuai sesi interaktif dan menyeronokkan.

Pengurus Unit Perundingan Perakaunan, Perniagaan dan Kewangan (ABFC), Prof. Madya Dr. Hazeline Ayoup berkata, ”Love Maths” bertujuan memberi pemahaman pelajar tentang konsep-konsep matematik melalui pendekatan yang praktikal dan menyeronokkan.

Menurutnya, persekitaran sekolah di Pulau Tuba menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif, menggalakkan penyertaan aktif dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

Program yang memberi penekanan kepada penyelesaian permasalahan matematik ini dijangka dapat membantu pelajar membina keyakinan dalam persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan datang.

Siri ketiga program “Love Maths with TISSA dan Yayasan Mohd Khairi 2024” ini membuktikan komitmen UUM dan TISSA terhadap penglibatan komuniti dan inisiatif pendidikan.

Sambutan positif daripada pelajar dan mentor menunjukkan kejayaan berterusan program-program sebegini dalam memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar di Langkawi. – Prof. Madya Dr. Natrah Saad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button