Campus

JUU terima lawatan penandaarasan UKM

SINTOK: Jabatan Undang-Undang (JUU), Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima lawatan penandaarasan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUUUKM) pada 24 Oktober lalu.

Dalam lawatan tersebut, JUU yang diketuai Penasihat Undang-undang, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed berkongsi maklumat dengan sembilan wakil PPUUUKM mengenai pengurusan memorandum persefahaman dan memorandum perjanjian (MoU/MoA) dan dokumen perundangan lain, pengurusan kes pecah kontrak, pengurusan hutang (akaun belum terima), pengurusan tatatertib staf dan pelajar serta isu semasa.

Delegasi memulakan lawatan di Anjung Tamu sebelum dibawa meninjau galeri dan Jabatan Undang-Undang untuk sesi perkongsian maklumat. Seterusnya mereka dibawa melawat Muzium Pengurusan UUM dan Akademi Golf Nasional serta lawatan sekitar kampus.

Penolong Pendaftar (Ketua Pentadbiran), Fareeza Faziera Mohd Sajari yang mengetuai delegasi PPUUUKM memuji keindahan dan kedamaian kampus UUM dan berkata mereka tertarik dengan konsep Muzium Pengurusan dan Managers Coffee UUM.

Dr. Khadijah mengharapkan lawatan penandaarasan ini menjalinkan hubungan untuk kerjasama pada masa hadapan antara JUU dan PPUUUK.  – Nurul Fadliyana Abu Kasim 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button