PICEEBA bincang tentang pendidikan, ekonomi, perniagaan dan perakaunan
Gambar Prof. Madya Abdul Shukor Shamsudin
PADANG, 6 November – Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universitas Negeri Padang (UNP) dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Padang kali ke-13 mengenai Pendidikan, Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan (PICEEBA) pada 2 November lalu.
Persidangan PICEEBA kali ke-13 ini menampilkan empat pembicara ucaptama yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing dengan tema “SDG’s Pursuit and Global Integration in Digital Era: Strategies for Resilient and Growing Future”.
Pembicara ucaptama yang terlibat adalah Dr. Aimatul Yumna dari Universitas Negeri Padang; Prof. Dr. Russayani Ismail dari Universiti Utara Malaysia; Dr. June Cao dari Curtin University Australia dan Dr. Iyanda Ismail dari Abu Dhabi School of Management, UAE.
Dekan FEB, Prof. Perengki Susanto berkata, PICEEBA kali ke-13 telah diadakan secara hibrid di lokasi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Negeri Padang dan melalui platform Zoom serta boleh ditonton di saluran YouTube UNP TV.
Selain sesi ucaptama, persidangan antarabangsa ini juga diadakan sesi selari di mana pembentang yang telah mengemukakan kertas kerja membuat pembentangan masing-masing.
Lebih daripada 60 kertas kerja ilmiah dibentangkan yang merangkumi topik Pendidikan, Ekonomi, Pengurusan dan Perniagaan serta Perakaunan.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Rektor Universitas Negeri Padang, Prof. Dr. Krismadinata. – Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Majid