General

SoE kukuh usaha tambah baik akademik dengan lima penilai luar

Berita dan gambar Dr. Muhammad Noor Abdul Aziz dan Siti Nur Ailin Sabri

PUTRAJAYA, 3 Disember 2024: Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh usaha penambahbaikan akademik dengan mengadakan mesyuarat bersama lima penilai luar (industri) di DoubleTree Hotel by Hilton.

Dekan SoE, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman berkata, mesyuarat ini bertujuan mendapatkan input berharga bagi menyemak dan menambah baik struktur program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan meliputi bidang Bimbingan dan Kaunseling, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Moral, Teknologi Maklumat, dan Perakaunan.

Kerjasama erat dengan penilai luar termasuk wakil dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPM) Kementerian Pendidikan Malaysia serta Seksyen Pemulihan dan Pendidikan, Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia menjadi teras utama dalam proses ini.

Perkongsian maklumat dan pandangan profesional mereka membantu memastikan kurikulum program ini kekal relevan, komprehensif, dan seiring dengan keperluan industri serta aspirasi pendidikan kebangsaan.

Mesyuarat ini juga menitikberatkan keselarasan kurikulum dengan hala tuju akademik 2027 demi melahirkan graduan berdaya saing, berkemahiran tinggi dan bersedia memenuhi cabaran dunia pekerjaan.

Langkah ini menzahirkan komitmen UUM dalam membentuk kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan pihak industri, sekaligus memperkukuh kedudukan SoE sebagai peneraju dalam pembangunan pendidikan berkualiti di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button