Education

Pelajar tahun akhir UUM meriahkan Karnival Kerjaya MADANI sempena FOI Putrajaya

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG)

PUTRAJAYA, 3 Disember 2024: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama MYFutureJobs telah menganjurkan Festival of Ideas (FOI) Putrajaya bermula 27 hingga 29 November lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran (PPKKG) telah dijemput untuk membawa pelajar tahun akhir ke segmen Karnival Kerjaya Madani 2024 yang telah menjadi platform hebat bagi pelajar dan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk merebut peluang kerjaya dan latihan industri.

Karnival kerjaya yang diadakan di PICC ini telah menghimpunkan sebanyak 145 majikan daripada pelbagai sektor industri dari seluruh negara yang menawarkan sebanyak 10,000 kekosongan jawatan peluang pekerjaan dan latihan industri.

Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah berkata, karnival ini bukan sahaja membuka pintu kepada peluang pekerjaan, malah memberikan pengalaman berharga kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri serta berpeluang mengadakan rangkaian bersama majikan.

Menurutnya, seramai 30 pelajar tahun akhir UUM tidak melepaskan peluang keemasan ini di mana mereka berpeluang menjalani temu duga terbuka dengan majikan terkemuka serta mendapatkan kaunseling kerjaya bagi merancang langkah masa depan mereka dengan lebih teratur.

Selain itu, pelajar juga berkesempatan menyertai sesi ceramah kerjaya bersama TalentCorp berkenaan topik Interview Tips & Tricks yang dikongsikan oleh Pengarah, Pemasaran, GTI Media Sdn. Bhd., Alfred Leo Chiang Ming.

Dalam perkongsian tersebut, pelajar mendapat panduan dan membuat persediaan diri untuk menhadiri temuduga bersama majikan.

Antara pengisian program ialah reruai pameran kerjaya, temuduga, career readiness workshop, career ted talk, career readiness workshop, career launch pad dan sesi kaunseling dan cabutan bertuah yang menceriakan suasana. – Anis Zulaikha Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button