50 pelajar tingkat penggunaan Bahasa Melayu
Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Mashetoh Abd. Mutalib
SINTOK, 4 Disember 2024: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP),Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Prince of Songkla University (PSU), Thailand telah mengadakan Bengkel Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu bersama Sekolah Saiburi Islam Wittaya.
Dekan SLCP, Prof. Dr. Shukri Ahmad berkata, seramai 50 pelajar terlibat dalam bengkel yang diadakan selama sehari di Sintok.
Menurutnya, bengkel ini telah dijalankan dengan kerjasama Persatuan Linguitscape daripada Program Sarjana Muda Linguistik dan Teknologi Maklumat.
Program ini bertujuan memperkukuhkan lagi penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dengan mengadakan beberapa aktiviti bersama Persatuan Linguitscape.
Selain itu, program ini akan mempereratkan hubungan dua hala antara SLCP, UUM dengan PSU, Thailand.