Education

UUM dan SPRM bincang hala tuju program kerjasama bagi kesedaran tentang rasuah

Berita dan gambar Noor Faizzah Dollah

SINTOK, 5 Disember 2024: Perbincangan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah, Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) dan Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berlangsung bagi membincangkan hala tuju Program Diskusi Integriti dan Antirasuah bagi Kursus Integriti dan Antirasuah MPU1062 yang bakal dilaksanakan di UUM pada 10 Disember ini.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Zaim Ahmad dan pensyarah SOG.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail menyambut baik cadangan UUM dalam memberi kesedaran lebih mendalam kepada pelajar dan staf mengenai bahaya rasuah serta kepentingan integiti dalam kehidupan.

Menurutnya, program diskusi Integriti dan Antirasuah dengan kerjasama SOG dan Pusat Kokurikulum adalah sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam dan pelajar serta membekalkan mereka dengan pengetahuan dan alat untuk mencegah amalan rasuah.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang dibincangkan berkenaan peluang untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kefahaman tentang rasuah serta memupuk budaya integriti di Malaysia khususnya dalam kalangan penjawat awam dan pelajar yang akan menjadi pemimpin masa depan.

Turut hadir, Penyelaras Kursus KIAR UUM, Noor Faizzah Dollah; Pensyarah SOG, Prof. Madya Dr. Zawiyah Mohd Zain dan Dr. Nur Khairina Muhamad Husin.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button