Campus

Open Exhibition of Integrated Case Study (ICS) bari pengalaman PdP kepada pelajar

SINTOK, 12 Januari 2025: Open Exhibition of Integrated Case Study (ICS) A241 yang telah diadakan pada 7 Januari lalu di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Program ini melibatkan 358 pelajar yang terbahagi kepada 73 kumpulan bagi melihat tujuh kes unik berkenaan kelestarian dengan bertemakan ‘Sustainability Case Challenge’.

Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad berkata, ia bertujuan untuk memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.

Katanya, pelajar telah menyediakan poster dan perlu memberi penerangan tentang penyelesaian kajian kes, malah mereka turut berinovasi melalui aktiviti interaktif yang boleh disertai oleh pelawat.

Program ini adalah di bawah kursus BKALK3063 Integrated Case Study merupakan kursus ‘capstone’ bagi pelajar Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) yang ditawarkan di TISSA.

Kursus ini mengintegrasikan ilmu dari pelbagai bidang seperti perakaunan kewangan dan pelaporan, perakaunan pengurusan, percukaian, audit, kewangan, pengurusan dan perniagaan, teknologi maklumat dan lain-lain bidang.

Seramai 29 juri terdiri daripada ahli akademik dan industri telah dijemput untuk membuat penilaian ke atas pameran poster berkenaan. Program ini turut mendapat tajaan daripada TYMBA Education Group dan ACCA.

Tiga pemenang bagi setiap kes telah diumumkan, manakala, tiga pemenang keseluruhan turut dinobatkan. Program ini telah memupuk kemahiran kepimpinan, kerjasama berpasukan, kreativiti, pengurusan masa dan pemikiran kritikal dalam menyelesaikan masalah sebenar di sesebuah organisasi. – Abdul Razak Abdul Wahab

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button