SOL terima kunjungan hormat delegasi Asia Lecturer and Teachers Community dan Universitas ESA Unggul
Gambar Ahmad Termizi Othman / Hasliza Abu Hassan
SINTOK, 26 Januari 2025: Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL) menyantuni kunjungan delegasi dari Asia Lecturer and Teachers Community (ALTC) dan Universitas ESA Unggul (UEU), Jakarta, baru-baru ini.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengerusi ALTC, Prof. Madya Dr. Inda Gumilang, SE,.S.Kom,.MM, dan Dr. Farida Nurun Nazah, .HI., MH daripada Fakultas Hukum UEU serta turut disertai 11 mahasiswa dari UEU.
Ketibaan delegasi disambut mesra oleh Penolong Naib Canselor UUM COLGIS merangkap Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab bersama penjawat dan staf akademik SOL di Anjung Tamu UUM.
Dr. Harlida berkata, perbincangan turut diadakan bagi melihat potensi kerjasama dalam bidang undang-undang meliputi pertukaran staf akademik dan pelajar, penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah bersama, program mobiliti dan program libat sama komuniti dan mobiliti.
Menurutnya, kerjasama ini diyakini dapat memberikan manfaat besar kepada kedua-dua institusi dari segi pembangunan akademik dan kerjasama serantau.
Dalam pada itu, mahasiswa Universitas ESA Unggul turut berpeluang mengikuti Sesi Kuliah Umum Undang-Undang yang dikendalikan oleh Dr. ‘Ain Husna Mohd Arshad, Pensyarah Kanan SOL.
Kunjungan ini mampu menjadi platform yang berkesan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua institusi dalam memperkukuh hubungan akademik dan antarabangsa bagi meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan. – Zul Rusydi Hussin