Campus

Kohort 7 Program Sarjana Sains Perakaunan Antarabangsa LHDNM mula mendaftar

Gambar OYAGSB

KUALA LUMPUR, 5 Februari 2025: Seramai 20 staf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mendaftar dan mengikuti sesi taklimat akademik bagi program Sarjana Sains Perakaunan Antarabangsa Kohort 7 di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) pada Isnin lalu.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Mohd Hadzrami Harun Rasit yang mewakili Dekan TISSA-UUM berkata, program pengajian ini penting dalam melahirkan profesional perakaunan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Beliau berterima kasih kerana LHDNM masih meneruskan program tersebut demi memastikan pegawainya berkepakaran tinggi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Potensi LHDNM, Afizan Salleh@Abdul Kadir menekankan kerjasama strategik antara LHDNM dan UUM dalam membentuk tenaga kerja berkepakaran tinggi dalam bidang perakaunan dan percukaian.

Majlis diteruskan dengan taklimat akademik oleh Penyelaras Program Sarjana Sains Perakaunan Antarabangsa, Dr. Mohd Hadafi Sahdan yang memberikan penerangan mengenai struktur program, keperluan akademik, serta peluang kerjaya yang menanti pelajar.

Sesi soal jawab bagi menjawab segala pertanyaan berkaitan program turut diadakan.

Sejak 2015, LHDNM telah menghantar 27 staf (Kohort 1), 25 staf (Kohort 2), 24 staf (Kohort 3), 14 staf (Kohort 4), 22 staf (Kohort 5) dan 16 staf (Kohort 6).

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian adalah seramai 109 orang, manakala 19 lagi masih dalam menyiapkan kertas projek.

Pihak penganjur, Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendaftar dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button