Campus

SOG komited merancang program untuk Pelan Strategik SOG 2025

Berita dan gambar Dr. Khofizhoah Mohd Karim

SINTOK, 3 Mac 2025: Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) telah berjaya menganjurkan Bengkel KPI Pelan Strategik SOG – Fasa 1, baru-baru ini.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman terhadap Key Performance Indicators (KPI) Pelan Strategik SOG dan memberi fokus kepada strategi dan rangka kerja holistik dalam memastikan KPI 2025 dapat dicapai.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 peserta daripada Pengerusi Jawatankuasa di bawah SOG dan ahli-ahi yang telah dicalonkan. Peserta turut diberi pendedahan tentang kepentingan KPI dalam meningkatkan prestasi dan keberkesanan operasi SOG serta menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan KPI.

Dekan, Prof. Madya PMgr. Sr. Dr. Mohamad Sukeri Khalid memohon supaya semua warga SOG menjalankan aktiviti atau program bersama pusat tanggungjawab atau pusat pengajian di UUM bagi memberi manfaat kepada semua warga universiti.

“Saya ingatkan supaya pensyarah dan staf pentadbiran menjalankan tugas dengan amanah dan berdesikasi bagi mencapai KPI Pelan Strategik setiap sukuan.

“Pelaksanaan bengkel ini akan disertai dengan pemantauan bagi memastikan bahawa setiap JK menjalankan aktiviti atau program yang dirancang sebaiknya,” katanya.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu SOG mencapai KPI Pelan Strategik SOG dengan lebih berkesan dan efisien.

Peserta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel berlangsung dan diharapkan penganjuran bengkel ini mencapai objektifnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button