Campus

UUM Press anjur Bengkel Teknik Penyediaan Indeks Buku

Gambar Muhammad Hasiff Muner

SINTOK, 4 Mac 2025: UUM Press telah menganjurkan Bengkel Teknik Penyediaan Indeks Buku selama dua hari pada 26 Februari lalu di EDC UUM.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Hamedi Mohd Adnan, profesor di Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, yang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan.

Beliau berkongsi kepakaran serta teknik yang efektif dalam penyediaan indeks buku, yang merupakan elemen penting dalam penerbitan akademik dan ilmiah.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman serta kemahiran peserta dalam menyusun indeks yang sistematik dan berkualiti, sejajar dengan keperluan penerbitan berindeks.

Bengkel ini berjaya menarik penyertaan daripada kalangan akademik UUM yang mempunyai manuskrip untuk diterbitkan.

Salah seorang peserta, Prof. Madya Dr. Roshidi Din dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) menyatakan bahawa bengkel ini sangat bermanfaat kerana peserta bukan sahaja mendengar ceramah tetapi turut menjalani latihan praktikal dalam memasukkan entri indeks ke dalam manuskrip mereka.

UUM Press komited untuk terus menganjurkan program yang dapat memperkasakan mutu penerbitan akademik di Malaysia. – Siti Nur Dina Johary

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button