General

Penyelidik TISSA UUM dan JKM bantu tingkat ilmu keusahawanan golongan asnaf

Gambar TISSA UUM

PUTRAJAYA, 5 Mac 2025: Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UUM dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi projek Rintis CSR: Program Transformasi Minda dan Keusahawanan kepada penerima manfaat 2 Years Exit Program (2YEP) melibatkan seramai 85 orang dengan tempoh masa selama 18 bulan.

Program ini yang mensasarkan bagi meningkatkan taraf ekonomi peserta disamping mengurangkan kebergantungan mereka kepada bantuan kerajaan pada masa hadapan.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, program ini akan dapat membantu mendekatkan institusi dengan masyarakat.

Menurutnya, program ini akan melibatkan melibatkan bimbingan perniagaan terutama dari segi pengurusan kewangan, aspek motivasi serta sokongan lain bagi merealisasi matlamat program ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKM, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, matlamat utama adalah bagi tujuan untuk mengubah minda dan pemikiran peserta agar menerusi program ini mereka mampu untuk berdikari pada masa hadapan.

Beliau juga mengharapkan agar program ini dapat bersama-sama membantu pihak JKM untuk mengurangkan jumlah asnaf melalui projek yang dilaksanakan serta dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk mengubahkan ekonomi masing-masing.

Program ini yang dilaksanakan melalui dana di bawah Wakalah Zakat Korporat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan jumlah RM228,055 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz.

Wakalah zakat ini adalah bertujuan untuk menyediakan aktiviti bagi tujuan memperkasakan ekonomi asnaf.

Turut hadir, Penolong Naib Canselor UUMCOB yang juga merupakan Dekan TISSA UUM, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad; penyelidik UUM, wakil SSM dan JKM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button