SBM dan STIES fokus laksana kerjasama antara dua institusi
Gambar SBM
SINTOK, 6 Mac 2025: Satu sesi perbincangan kolaborasi telah diadakan secara dalam talian antara Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Sabang (STIES), Aceh, Indonesia.
Sesi perbincangan ini diketuai oleh Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymeee Ahmad yang memberi fokus kepada usaha untuk merancang dan melaksanakan kerjasama yang bermanfaat antara kedua-dua institusi pendidikan tersebut.
Dalam perbincangan tersebut, beberapa inisiatif penting dibincangkan, termasuklah penyelarasan usaha dalam penyelidikan dan penerbitan ilmiah antara SBM dan STIES.
Selain itu, kedua-dua pihak juga berbincang mengenai kemungkinan untuk menawarkan program-program sarjana dan PhD secara bersama, dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi.
Di samping itu, aspek mobiliti pelajar dan pensyarah juga diketengahkan, di mana kedua-dua institusi berhasrat untuk memudahkan pertukaran pelajar dan pensyarah antara mereka, bagi memperkaya pengalaman akademik dan memperluas peluang pembelajaran.
Dalam perbincangan ini juga, perhatian turut diberikan kepada cadangan untuk membuka kelas global, yang akan melibatkan pelajar dari pelbagai negara. Selain itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk memperkenalkan beberapa program penglibatan komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta global.
Dr. Shuhymeee berkata, kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan akademik antara SBM dan STIES, serta memberi impak positif kepada pelajar dan pensyarah di kedua-dua institusi.
Beliau turut menekankan bahawa kolaborasi antarabangsa adalah kunci untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan, sambil memperkukuhkan penglibatan global dalam usaha akademik.
Perbincangan ini telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat, memberikan ruang bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan merancang langkah-langkah strategik dalam menjalinkan kerjasama yang produktif.
Kedua-dua pihak berharap agar semua rancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti akademik. – Azam Arni Mohd Noor